Maklumat Pakej

D07 - ROYAL BELUM

Tempoh : 3 Hari 2 Malam

Tarikh : 06-Dec-2020

Jadual Perjalanan : D07 - ROYAL BELUM

Harga per person : Double - RM 428
Terma dan syarat

TERMA & SYARAT PERLEPASAN BERKUMPULAN

Terma & Syarat berikut perlu dibaca dengan teliti. Perlepasan Siri Berkumpulan Pembelian Lawatan Perlepasan Bersiri yang ditawarkan oleh Juara Travel & Tours Sdn Bhd ("JTTSB") merupakan perjanjian kontrak antara anda (juga disebut dalam syarat ini sebagai "Ahli Pelancongan") dan JTTSB, dan mewakili penerimaan anda terhadap JTTSB Terma & Syarat yang dinyatakan di sini. Sila pastikan anda membaca dan memahami syarat-syarat ini sebelum membuat tempahan. Anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menerima Terma & Syarat JTTSB bagi pihak anda dan bagi pihak semua penumpang yang ditempah oleh anda dan dinamakan dalam tempahan anda. Terma dan Syarat adalah seperti berikut:-

  1. Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi yang telah ditempah tidak boleh dikembalikan / tidak boleh ditukar / tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dirunding
  2. Untuk Pakej ‘Ground’ sahaja, perkara 1 (a) tidak boleh boleh diguna pakai;
  3. Secara umumnya, Tiket Penerbangan tidak termasuk Cukai Lapangan Terbang, Surcaj dan lain-lain caj berkaitan yang dikenakan oleh pihak berkuasa
  4. Terdapat juga didalam sesetengah program lawatan, Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi mungkin termasuk cukai berkaitan dan surcaj bahan api.
  5. Penginapan dan Makanan seperti yang dinyatakan dalam program pelancongan dan / atau brosur
  6. Seorang kanak-kanak di bawah umur dua (2) tahun diklasifikasikan sebagai bayi dan tambang pelancongan akan dikira sebagai 30% daripada harga dewasa atau ‘published fare’ dimana yang dikenakan oleh Syarikat Penerbangan. Walaupun 30% adalah biasa dipasaran, ada juga penerbangan tertentu yang mengenakan harga lebih tinggi daripada 30% yang JTTSB akan maklumkan kepada ahli rombongan yang sewajarnya

  1. Bayaran Tipping, Porterage & Visa, kecuali yang dinyatakan dalam program perjalanaan. Ianya tidak termasuk dalam sebahagian dari harga pakej dan akan ditanggung oleh peserta rombongan. JTTSB juga hanya bertindak sebagai agensi untuk mengutip caj tersebut tetapi ianya juga tertakluk kepada Terma dan Syarat pihak ‘ground’ masing-masing.

  1. . Penginapan berdasarkan perkongsian bilik berdua untuk orang dewasa
  2. Harga kanak-kanak adalah berdasarkan sama ada dengan atau tanpa katil tambahan di mana katil tambahan adalah tambahan 1 lagi katil atau ‘roll bed’ seperti yang ditentukan oleh pihak hotel dan harus dipersetujui oleh peserta rombongan
  3. Harga kanak-kanak adalah untuk kanak-kanak berumur dari 02-11 tahun dari tarikh berlepas dan akan berkongsi sebagai orang ketiga di bilik ‘double’ atau ‘twin’kembar bersama dua orang dewasa.
  4. Jika kanak-kanak berkongsi bilik dengan seorang (1) orang dewasa, maka harga kanak-kanak tersebut dikira sama dengan harga dewasa.
  5. Sekiranya hotel yang terpilih dalam program lawatan tersebut tidak mempunyai kemudahan tiga bilik, katil tambahan akan disediakan membolehkan perkongsian bertiga dalm satu bilik
  6. Caj tambahan untuk bilik seorang akan dikenakan untuk peserta yang menyertai sesuatu pakej secara bersendirian atau ‘solo traveller’ Walau bagaimanapun jika ada permintaan, pihak JTTSB akan membantu untuk menggabungkan dengan mana-mana peserta rombongan yang solo tetapi peserta rombongan tersebut perlu akur jika pihak kami tidak dapat berbuat demikian
  7. JTTSB sedaya upaya akan mendapatkan hotel seperti yang tertera dalam jadual perjalanan sesuatu pakej melainkan atas alasan bilik penuh atau faktor keselamatan dalam sat-satu masa JTTSB akan mencari dan mendapatkan alternatif hotel yang sama taraf. JTTSB berharap semua peserta maklum dengan situasi tersebut

  1. Pelanjutan & Penyimpangan dari laluan asal atau tarikh perjalanan tertakluk kepada Terma & Syarat Tiket Penerbangan dan caj yang dikenakan atau tambahan harga tiket;
  2. Peserta rombongan hendaklah memastikan telah membuat semakan dan bersetuju sebelum sesuatu perubahan dilakukan semasa membuat sebarang pertukaran tempahan;
  3. Sekiranya tempahan pakej telah dibuat dan deposit telah dibayar, pembatalan untuk Tempahan Lawatan yang disebabkan oleh kegagalan atau perjanjian untuk pelanjutan atau penyimpangan adalah tertakluk kepada Terma & Syarat yang ditetapkan;
  4. Adalah menjadi tanggungjawab peserta rombongan itu sendiri atas sebarang pelanjutan dan / atau penyimpangan yang dibuat. JTTSB tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa ketidakselesaan atau sebarang penambahan kos yang ditanggung akibat pertukaran tersebut;

  1. Semua deposit mesti dibayar sepenuhnya semasa pengesahan pakej lawatan.
  2. Struktur Deposit dan bayaran Pakej Lawatan adalah seperti jadual di bawah
  3. Deposit & Pembayaran penuh mesti dibuat sepenuhnya mengikut jadual di bawah.
  4. Jika pembayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari sebelum berlepas, JTTSB berhak membatalkan deposit dan sakaligus membatalkan tempahan..
  5. Sekiranya peserta rombongan ingin memindahkan depositnya ke tarikh berlepas yang lain disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, JTTSB hanya akan membenarkan pertukaran tarikh baru sekali sahaja. Permintaan untuk pertukaran kali kedua akan dikenakan penalti sebanyak RM 500 seorang dan tertakluk juga kepada surcaj bergantung pada harga tarikh berlepas yang baru.
  6. JTTSB membenarkan maksimum satu (1) ‘rollover’ deposit yang kemudiannya akan dibatalkan 100%.
  7. Sila ambil perhatian bahawa semua harga yang dipamerkan pada masa tempahan adalah berdasarkan pada kadar pertukaran semasa Ringgit Malaysia (MYR) dengan Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), dan Dolar Australia (AUD). Disebabkan ketidaktentuan nilai tukaran MYR terhadap mata wang yang disebutkan di atas, harga pakej akan berubah apabila tiba masa pembayaran penuh 45 hari sebelum berlepas. JTTSB akan memastikan semua peserta rombongan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya berlaku sebarang perubahan;
Harga Pakej Deposit Tarikh Bayaran Tarikh Bayaran Penuh Nilai Bayaran Balik Caj Admin Yuran Tempahan Travel Fair MATTA / MITM etc
Bawah RM 1999 RM 300 5 hari selepas tempahan dibuat 45 hari sebelum berlepas RM 150 RM 150 RM 150
RM 2000 – RM 3999 RM 500 5 hari selepas tempahan dibuat 45 hari sebelum berlepas RM 250 RM 250 RM 300
RM 4000 – RM 5999 RM 800 5 hari selepas tempahan dibuat 45 hari sebelum berlepas RM 500 RM 300 RM 400
RM 6000 – RM 7999 RM 1500 5 hari selepas tempahan dibuat 45 hari sebelum berlepas RM 1100 RM 400 RM 500
RM 8000 & keatas RM 2500 5 hari selepas tempahan dibuat 45 hari sebelum berlepas RM 2000 RM 500 RM 700

NOTA PENTING!!

  • Untuk Pameran Pelancongan, contohnya MATTA: - Bayaran tempahan akan diambil semasa pameran berlangsung. Peserta hanya akan diberi masa selama 3hari bagi menjelaskan baki perbezaan antara yuran tempahan dan deposit seperti yang dijelaskan diatas. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelucutan yuran tempahan.
  • Untuk Pameran Pelancongan, contohnya MATTA: - Pembayaran Penuh diperlukan untuk Tiket Penerbangan
  • Bayaran balik penuh hanya akan dibenarkan dalam kes Kematian, Hospitalisasi & Alasan Perubatan yang sah disokong oleh Laporan Perubatan dari Hospital Swasta / Kerajaan (Laporan Perubatan dari Klinik tidak boleh diterima).

  1. Pembatalan tempahan oleh peserta rombongan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel kepada Jabatan Pelancongan JTTSB untuk mengelakkan sebarang salah faham (e-mel boleh dialamatkan kepada tours@juaratravel.com.my).
  2. Sekiranya pembatalan dilakukan 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan mengikut caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada jadual di atas & di bawah)
  3. Sekiranya tempahan dibatalkan, bayaran mengikut jadual di bawah akan dikenakan.
  4. Permintaan untuk bayaran balik tempahan pelancongan yang layak akan diproses oleh JTTSB dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan pengembalian dana

Pembatalan Bayaran/Caj

Tempoh Bayaran Pembatalan Nota
50 hari atau lebih sebelum berlepas Bayaran balik deposit Rujuk kepada Nilai Bayaran Balik caj pentadbiran
35 – 49 hari sebelum berlepas Pelucutan deposit
26 – 34 hari sebelum berlepas 50% harga pakej
20 – 25 hari sebelum berlepas 75% harga pakej
Kurang dari 20 hari sebelum berlepas 100% harga pakej

  1. Waktu dan jadual penerbangan tidak dijamin dan tidak menjadi sebahagian daripada kontrak. Semua jadual penerbangan tertakluk kepada perubahan atau pembatalan oleh Syarikat Penerbangan atau Badan Pengawalseliaan negara. JTTSB akan menggunakan usaha terbaiknya untuk menyusun semula perjalanan atau penerbangan yang membolehkan peserta untuk meneruskan perjalanan.
  2. Menurut item 7 (a), JTTSB tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab untuk sebarang pembatalan atau caj tambahan yang terhasil daripada perubahan atau pembatalan jadual penerbangan oleh Syarikat Penerbangan atau Badan Pengawalseliaan.
  3. Sekiranya tarikh perjalanan (sama ada sektor Outbound atau Inbound flight) diubah oleh Kumpulan Lawatan / Kumpulan Pelancongan, ia akan tertakluk kepada T & C sesuatu Kumpulan Penerbangan individu, kerana T & C Airlines Worldwide berbeza antara satu sama lain. Sebarang sekatan dan penalti adalah tertakluk kepada T & C Syarikat Penerbangan individu

  1. JTTSB berhak untuk membatalkan sesuatu kumpulan itu atas alasan berikut:
    1. Peperangan, Rusuhan, atau perintah dari Kerajaan Malaysia dan Kerajaan negara yang ingin dituju;
    2. Jumlah penumpang yang tidak mencukupi untuk membentuk saiz kumpulan minimum 15-20 penumpang, yang akan diberitahu 45 hari sebelum berlepas.
    3. Sila berunding dengan kakitangan pelancongan JTTSB sebelum anda membeli tiket penerbangan domestik atas perbelanjaan anda sendiri. JTTSB tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tiket penerbangan yang dibeli dan wangnya tidak dikembalikan jika berlakunya pembatalan pakej;
  2. Sekiranya item 8 (a) i & ii timbul, JTTSB akan mencadangkan lawatan alternatif yang lebih baik ke destinasi yang sama atau lawatan lain dengan harga pakej pelancongan yang sama. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima tawaran alternatif, semua wang yang dibayar akan dikembalikan kepada penumpang.
  3. Sekiranya item 8 (a) i. berlaku , bayaran balik Harga Pakej Pelancongan kepada peserta rombongan akan mengikut Terma dan Syarat yang dikenakan oleh Syarikat Penerbangan
  4. Keputusan oleh JTTSB adalah muktamad dan konklusif dan dipersetujui bahawa JTTSB tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa kos yang timbul daripada pembatalan itu selain dari bayaran balik semua jumlah yang dibayar oleh peserta rombongan.

  1. Menjadi tanggungjawab peserta rombongan untuk memastikan bahawa mereka memiliki Passport Antarabangsa yang sah dengan sekurang-kurangnya sah laku minimum 6 bulan dari tarikh berlepas dan dokumen perjalanan lain yang berkaitan.
  2. Salinan pasport mesti dihantar melalui e-mel atau faks kepada kakitangan Jabatan Pelancongan JTTSB apabila membuat pembayaran penuh 45 hari sebelum berlepas untuk tujuan memastikan maklumat yang betul mengikut pasport semasa membuat tempahan penerbangan dan pengeluaran tiket.
  3. JTTSB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang caj dari syarikat penerbangan untuk pengeluaran semula / pindaan / bayaran balik / pembelian tiket baru kerana kegagalan untuk mematuhi perkara 9 (a) & (b) dan sebaliknya hendaklah di hantar invois kepada peserta rombongan tersebut untuk caj tambahan (jika mana-mana).
  4. Peserta rombongan juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka bebas daripada disenarai hitam kan oleh Badan Pengawalseliaan seperti Hasil Dalam Negeri, Bank, Jabatan Insolvensi dan badan-badan lain yang boleh menyekat peserta-peserta rombongan ke luar negara. JTTSB tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang bayaran balik, perubahan atau penangguhan perjalanan yang disebabkan oleh sekatan tersebut.
  5. Untuk membuat permohonan visa, sijil kesihatan dan vaksinasi diperlukan mengikut keperluan Negara / Tujuan lawatan. Peserta rombongan digalakkan memproses visa mereka sendiri. Jika bayaran visa dimasukkan dalam Harga Pakej Pelancongan, Kakitangan Jabatan Pelancongan JTTSB akan membantu dalam permohonan tersebut. Dalam keadaan ini, adalah dengan ini dipersetujui bahawa JTTSB tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan pasport atas apa-apa sebab sekalipun tetapi juga tidak terhad kepada kecuaian pihak JTTSB, pekerjanya, agen dan sebagainya.
  6. Sekiranya peserta-peserta rombongan meminta JTTSB mengaturkan permohonan Visa Pelancong dari Konsulat / Kedutaan yang berkaitan, kelulusan dan yuran visa tertakluk kepada perubahan oleh kedutaan, ia adalah di luar kawalan JTTSB. Sekiranya permohonan visa tidak diluluskan oleh kedutaan masing-masing dan ianya akan menyebabkan peserta rombongan tidak dapat menyertai perjalanan yang dijadualkan, JTTSB tidak akan bertanggungjawab dan caj pembatalan biasa akan dikenakan.

  1. JTTSB menasihatkan semua peserta untuk membeli perlindungan insurans perjalanan mereka untuk tempoh lawatan mereka. Kakitangan Jabatan Pelancongan kami biasanya akan menawarkan plan yang ada untuk pilihan anda. Bergantung kepada plan yang ditawarkan, ianya termasuk liputan perjalanan / pembatalan lawatan / pengurangan, kemalangan, kecederaan, penyakit, kemasukan ke hospital, penangguhan penerbangan, kehilangan bagasi, dll.
  2. Insurans Perjalanan adalah wajib seperti yang dinasihati oleh Persatuan Perjalanan & Pelancongan Malaysia. Bagi tujuan ganti rugi, kepada peserta yang sudah mempunyai insurans atau enggan membeli insurans, peserta-peserta dikehendaki menandatangani satu borang bagi mengelakkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak JTTSB semasa dalam tempoh lawatan. Borang tersebut akan disediakan oleh Jabatan Tour kami kepada para peserta sebelum berlepas.

  1. Syarikat dan / atau ejennya hanya bertindak sebagai ejen untuk syarikat pengangkutan, kontraktor hotel dan pembekal lain. Tiket, baucar dan dokumen dikeluarkan tertakluk kepada terma dan syarat yang disediakan oleh perkhidmatan mereka.
  2. Peserta yang menyertai mana-mana pakej yang dianjurkan oleh JTTSB dan / atau ejen-ejen yang berkaitan akan berada pada risiko mereka sendiri. JTTSB dan / atau ejen yang berkaitan, pengusaha pelancongan tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana individu atas segala masalah yang :
    1. Ketidaktepatan, misdescription atau perubahan pada mana-mana lawatan dan jadual perjalanannya.
    2. Perbelanjaan tambahan disebabkan kelewatan atau perubahan dalam sebarang perkhidmatan pengangkutan, penyakit, cuaca, mogok, peperangan, kuarantin atau sebab lain.
    3. Mana-mana ganti rugi, kehilangan bagasi atau kesan peribadi lain atau kemalangan. Ia adalah tanggungjawab peserta untuk menuntut dari syarikat insurans masing-masing.
    4. Pengusiran atau penolakan kemasukan peserta oleh Pihak Berkuasa Imigresen kerana memiliki barangan yang menyalahi undang-undang atau mengadakan dokumen perjalanan yang tidak wajar atau apa-apa sebab lain yang dianggap sebagai subversif oleh kerajaan tempatan dan asing yang berkenaan.
  3. Peserta yang bermasalah, tidak memberikan kerjasama, berkelakuan tidak munasabah dan menjejaskan keseronokan, minat, keharmonian dan keselamatan peserta-peserta akan diuruskan oleh Pengurus Pelancongan (Tour Manager). Beliau mungkin akan meminta peserta yang bermasalah tersebut untuk tidak mengukuti lawatan demi menjaga dan menghormati peserta-peserta yang lain dan keputusannya dalam hal ini adalah muktamad dan konklusif. JTTSB tidak akan mengembalikan apa-apa pulangan wang diatas lawatan yang tidak lengkap atau sebahagian daripada lawatan yang terhasil daripada pemecatan itu.

  1. Maklumat dalam risalah / brosur adalah betul pada pengetahuan JTTSB pada masa cetakan. JTTSB berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan perubahan dalam jadual perjalanan. Walau bagaimanapun, JTTSB berhak untuk membuat perubahan pada bila-bila masa disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh puncak atau sekiranya berlaku bencana.
  2. JTTSB tidak dapat menjamin bahawa apa-apa perkara atau kemudahan yang disebutkan akan selalu berlaku. Ini adalah kerana JTTSB tidak mempunyai kuasa untuk mengawal keadaan tersebut.
  3. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan penterjemahan Bahasa Melayu terhadap sesuatu maklumat , maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Walau apa pun yang terjadi ditempat atau negara yang mana sesuatu tindakan berlaku, ia jelas menunjukkan bahawa semua pertikaian atau punca tindakan hendaklah dimulakan dalam bidang kuasa wilayah Malaysia.

Maklumat Peribadi

+ Nama

Saya faham dan setuju dengan setiap terma dan syarat pakej.